Pengertian kitar semula
Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai (Sumber: sisa@my.Malaysia). Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut.
1) bahan-bahan kitar semula
KERTAS
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula mestilah dimasukkan kedalam tong bewarna Biru.
KACA
- Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.
- Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT.
BOTOL PLASTIK
- Beg plastik, botol mineral, botol syampu dan sebagainya mestilah dimasukkan ke dalam tong bewarna Jingga.
- terdapat lagi beberapa bahan yang boleh dikitar semula seperti pakaian-pakaian lama dan e-waste iaitu barangan elektrik seperti komputer lama, radio dan sebagainya.
- terdapat juga bahan yang tidak boleh dikitar semula seperti tin cat, tong sisa toksik, sel kering, mentol, tingkap rumah, aluminium foil, bekas styrofom, lampin pakai buang kanak-kanak, bekas pembalut makanan dan kertas tisu.
No comments:
Post a Comment