- bahan-bahan buangan seperti kertas, plastik dan kaca dapat dihantar semula ke kilang untuk di proses.
proses ini dapat membantu kilang untuk memproses bahan-bahan tersebut supaya dapat digunakan semula berdasarkan kesesuaian keadaan bahan tersebut mengikut kategori. Seterusnya dapat meningkatkan bilangan bahan untuk dikitar semula agar dapat membantu menjana pendapatan pekerja di kilang tersebut serta dapat membantu masyarakat untuk menggunakan bahan kitar semula untuk menjimatkan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.
2. memberikan persekitaran yang bersih serta selamat kepada masyarakat.
persekitaran yang bersih serta selamat merupakan keselesaan kepada semua masyarakat dan bagi merdapatkan persekitaran yang seperti itu, masyarakat perlu sentiasa memupuk sikap rajin dan peka supaya aktiviti membersihkan kawasan persekitaran dilakukan secara kerap bagi mengelakkan bau busuk dan menghalang daripada berlakunya masalah pertimbunan sampah yang akan mengundang pelbagai jenis haiwan serta bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.
3. Dapat menambahkan pendapatan.
Bagi menambahkan pendapatan di rumah, kita boleh menjual bahan-bahan kitar semula dan dikumpul mengikut kategori nagi memudahkan pembeli untuk mengasingkan bahan tersebut, aktiviti ini dapat menambahkan pendapatan kita walaupun sedikit tetapi juga dapat membantu mengurangkan bahan-bahan yang semakin banyak di rumah kita. Bahan-bahan ini boleh dikumpul di hadapan rumah seminggu sekali untuk dijual pada hujung minggu.
4. Dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
Aktiviti kitar semula yang dilakukan bersama-sama antara jiran, kakitangan sekolah dan pelajar serta bersama masyarakat luar serta penduduk kampung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan dapat memupuk sikap mencintai alam sekitar dan sentiasa peka akan kebersihan sekeliling di samping memupuk nilai-nilai murni yang baik di dalam diri setiap insan supaya sentiasa menjaga alam sekitar agar alam bersih dan sihat serta selamat untuk didiami.
Kesimpulannya, aktiviti kitar semula banyak memberi manfaat kepada masyarakat serta alam sekitar supaya masyarakat sentiasa hidup dengan keadaan yang bersih dan sihat. Bahan kitar semula juga tidak lagi terbuang dengan begitu sahaja kerana banyak kegunaannya sekiranya bahan tersebut dikitar semula dan banyak membantu masyarakat untuk mengurangkan kos sara hidup yang kian meningkat sekarang ini.
No comments:
Post a Comment