Monday, 24 April 2017

KEBAIKAN KITAR SEMULA


  1. bahan-bahan buangan seperti kertas, plastik dan kaca dapat dihantar semula ke kilang untuk di proses.

proses ini dapat membantu kilang untuk memproses bahan-bahan tersebut supaya dapat digunakan semula berdasarkan kesesuaian keadaan bahan tersebut mengikut kategori. Seterusnya dapat meningkatkan bilangan bahan untuk dikitar semula agar dapat membantu menjana pendapatan pekerja di kilang tersebut serta dapat membantu masyarakat untuk menggunakan bahan kitar semula untuk menjimatkan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

    2. memberikan persekitaran yang bersih serta selamat kepada masyarakat.



persekitaran yang bersih serta selamat merupakan keselesaan kepada semua masyarakat dan bagi merdapatkan persekitaran yang seperti itu, masyarakat perlu sentiasa memupuk sikap rajin dan peka supaya aktiviti membersihkan kawasan persekitaran dilakukan secara kerap bagi mengelakkan bau busuk dan menghalang daripada berlakunya masalah pertimbunan sampah yang akan mengundang pelbagai jenis haiwan serta bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.

      3. Dapat menambahkan pendapatan.


Bagi menambahkan pendapatan di rumah, kita boleh menjual bahan-bahan kitar semula dan dikumpul mengikut kategori nagi memudahkan pembeli untuk mengasingkan bahan tersebut, aktiviti ini dapat menambahkan pendapatan kita walaupun sedikit tetapi juga dapat membantu mengurangkan bahan-bahan yang semakin banyak di rumah kita. Bahan-bahan ini boleh dikumpul di hadapan rumah seminggu sekali untuk dijual pada hujung minggu.

        4. Dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.


Aktiviti kitar semula yang dilakukan bersama-sama antara jiran, kakitangan sekolah dan pelajar serta bersama masyarakat luar serta penduduk kampung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan dapat memupuk sikap mencintai alam sekitar dan sentiasa peka akan kebersihan sekeliling di samping memupuk nilai-nilai murni yang baik di dalam diri setiap insan supaya sentiasa menjaga alam sekitar  agar alam bersih dan sihat serta selamat untuk didiami.

Kesimpulannya, aktiviti kitar semula banyak memberi manfaat kepada masyarakat serta alam sekitar supaya masyarakat sentiasa hidup dengan keadaan yang bersih dan sihat. Bahan kitar semula juga tidak lagi terbuang dengan begitu sahaja kerana banyak kegunaannya sekiranya bahan tersebut dikitar semula dan banyak membantu masyarakat untuk mengurangkan kos sara hidup yang kian meningkat sekarang ini. 
        

Thursday, 20 April 2017

LAPORAN PERTANDINGAN

PROGRAM AMALAN LESTARI KITAR SEMULA

TARIKH : setiap bulan sepanjang tahun.

  1. untuk mendedahkan semua warga sekolah pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  2. meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari hidup.
 PERJALANAN PROGRAM

  1. Memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua
    murid semasa gerak gempur pagi.
  2. Memberi penerangan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah
    tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.
  3. Membuka peluang pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahanbahan
    kitar semula terbanyak dan berkesan.
  4. Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara
    aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini
  5. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada
    hari penamat program ini
AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Program alam sekitar

  • menyediakan tong sampah kitar semula.
  • memungut bahan buangan seperti kertas, botol, tin dan kaca.
  • setiap kumpulan dibekalkan bekas untuk meletakkan bahan buangan mengikut kategori.

Pameran Alam Sekitar
  • mempamerkan bahan-bahan yang mengandungi isu-isu alam sekitar kepada semua.
  • memberi masa untuk setiap kumpulan berfikir dan memahami isu-isu alam sekitar.
  • mereka seterusnya membuat hasil kerja yang menarik untuk dijadikan bahan pameran sebagai menghargai hasil kerja mereka.
Gotong-royong
  • setiap kumpulan diminta membersihkan kawasan sekeliling dengan berlandaskan menjaga alam sekitar.
  • mengenal pasti bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan mengumpulnya mengikut kategori.
  • markah akan diambil berdasarkan bilangan bahan yang berjaya dikumpul.
HASIL YANG TELAH DICAPAI
  1. setiap individu dapat mengenal bahan yang boleh dikitar semula dan bahan terbuang yang lain.
  2. dapat memberikan komitmen yang baik bersama ahli kumpulan.
  3. dapat berkomunikasi bersama ahli kumpulan yang lain dalam menjalankan aktiviti.
  4. memdapat pengetahuan mengenai alam sekitar.
  5. memupuk sikap prihatin terhadap alam sekitar.
  6. lebih peka akan persekitaran sekeliling.
LAMPIRAN










Tuesday, 18 April 2017

BERITA


Program menjahit beg menggunakan banner/plastik kitar semula merupakan salah satu langkah masyarakat selangor bagi menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kitar semula menggunakan bahan terpakai supaya dapat memupuk sikap prihatin terhadap kegunaan bahan-bahan terpakai yang berada di sekeliling.


Keadaan di atas berlaku kerana kurangnya kesedaran mengenai aktiviti kitar semula yang sememangnya penting kepada seluruh rakyat di muka bumi ini, tetapi atas sikap tidak peduli telah terjadinya pencemaran udara seperti di atas dan telah menjejaskan kesihatan serta persekitaran di sekeliling yang amat membahayakan setiap hidupan yang hidup. Masyarakat perlu lebih peka akan aktiviti kitar semula terutamanya plastik yang banyak menyumbang kepada kesan yang tidak baik apabila di bakar.


Berita di atas diambil daripada berita harian yang melaporkan bahawa kesedaran kitar semula kita tidak setanding warga Jepun kerana hal ini jelas ditunjukkan daripada sikap masyarakat yang tidak kisah mengenai kebersihan dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti kitar semula yang sekali gus dianggap mempunyai sikap yang tidak bertamadun. Dalam langkah Malaysia menuju ke arah negara maju masyarakat Malaysia sepatutnya lebih sedar akan tindakan dan peranan yang perlu di ambil bagi membantu negara merealisasikan impian membentuksebuah negara maju daripada pelbagai aspek.


LINK VIDEO 1) https://www.youtube.com/watch?v=pEjjSY4X0Wc
                         2) https://www.youtube.com/watch?v=S51j---ynOE
Aktiviti kitar semula

Antara aktiviti kitar semula adalah:

1. Aktiviti "Recycle, Reuse, Reduce"                  



 2. Pameran Alam Sekitar
     



3. Gotong-Royong Perdana



4. Pertandingan Melukis dan Mewarna dengan Tema Mencintai Alam Sekitar





Monday, 17 April 2017

Pengertian kitar semula

Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai (Sumber: sisa@my.Malaysia).  Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut.

1) bahan-bahan kitar semula

  KERTAS

Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula mestilah dimasukkan kedalam tong bewarna Biru.

 


KACA

  • Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.
  • Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT.

 





 BOTOL PLASTIK

  • Beg plastik, botol mineral, botol syampu dan sebagainya mestilah dimasukkan ke dalam tong bewarna Jingga.









  • terdapat lagi beberapa bahan yang boleh dikitar semula seperti pakaian-pakaian lama dan e-waste iaitu barangan elektrik seperti komputer lama, radio dan sebagainya.
  • terdapat juga bahan yang tidak boleh dikitar semula seperti tin cat, tong sisa toksik, sel kering, mentol, tingkap rumah, aluminium foil, bekas styrofom,  lampin pakai buang kanak-kanak,  bekas pembalut makanan dan kertas tisu.





 

KEBAIKAN KITAR SEMULA bahan-bahan buangan seperti kertas, plastik dan kaca dapat dihantar semula ke kilang untuk di proses. prose...